Saturday, 15 December 2012

TENTANG AKU DAN KALIAN. :)


Aku dan kalian bertemu,
Permulaannya agak asing, kosong, hambar,
Kita diam tanpa kata,
Kita bisu tanpa suara.

Namun ia tidak lama,
Kerna kita murah senyuman,
Kerna kita mesra teguran,
Kita cipta satu perhubungan.

Atas nama perhubungan ini,
Aku dan kalian bersatu,
Bersama melukis lakaran bahagia,
Bersama mencorak lukisan duka,
Bersama mewarnai ciptaan kenangan bersama.

Atas nama perhubungan ini,
Aku dan kalian berjanji,
Menjaganya sepenuh hati,
Menyimpannya dilubuk hati,
Mohon ianya diberkati.



PATAH SERIBU – SHILA AMZAH (PENYANYI, PENULIS LIRIK DAN PENGUBAH LAGU)



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Rangkap ini menggambarkan seorang gadis yang masih mengingati segala pesanan yang telah di amanatkan kepadanya. Gadis ini sentiasa hidup dalam kenangan kekasihnya yang telah tiada.

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Gadis ini terus menantikan kehadiran kekasihnya yang tidak pulang kepadanya. Si gadis terus menunggu kata cinta dari kekasihnya.

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Si gadis berasa sangat kecewa apabila kekasih yang dinanti tidak kunjung tiba. Mengimbau kenangan yang telah dilewati bersama. Dia berasa keliru sama ada ingin melupakan memori indah percintaan mereka kerana kekasih yang ditunggu telah pergi.

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua
Perginya kekasih tanpa keinginan di hati. Hati si gadis berasa kejam dengan segala perlakuan kekasih yang memungkiri janji-janji yang telah dibuat.

bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Si gadis tidak tahu sampai bila dia harus meratapi dan menangisi pemergian kekasihnya. Dengan penuh semangat si gadis bangkit untuk menghapuskan segala kenangan yang telah dibina bersama.

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…
Akhirnya, kekasih pulang mencari cinta yang hilang. Tetapi pada masa itu si gadis telah pun melupakan segala kenangan dan percintaan mereka. Si gadis meminta kekasih melupakan si gadis dan terus meneruskan hidup tanpa si gadis. Meredhai apa yang telah terjadi dengan menanti sesuatu yang lebih baik. Demi kebaikan untuk diri kekasih dan si gadis.



Apakah kerjaya yang sesuai anda ceburi dengan ijazah yang anda miliki itu? Nyatakan beberapa sebab anda memilih kerjaya itu.


Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah sebuah universiti yang terkenal dengan bidang pengajian pengurusan. Pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengurusan disediakan di UUM. Pengajian Pengurusan Perniagaan (Logistik Dan Pengangkutan) antara kos yang disediakan di UUM. Pengajian ini akan mempelajari cara-cara sesebuah perniagaan itu dijalankan. Selain itu juga, bidang pengajian ini juga lebih memberikan penekanan tentang industri logistik dan pengangkutan di dunia. Industri ini adalah industri terpenting di dunia kerana setiap hari manusia memerlukan logistik dan pengangkutan untuk kegunaan seharian. Terdapat beberapa kerjaya yang mampu di miliki oleh pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Perniagaan (Logistik Dan Pengangkutan).
            Kerjaya utama yang sesuai diceburi bagi jurusan ini adalah kerjaya yang berkaitan dengan jurusan itu sendiri. Pelbagai syarikat logistik dan pengangkutan yang terdapat di Malaysia. Syarikat ini memerlukan pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang logistik dan pengangkutan. Syarikat pelabuhan merupakan contoh yang berkaitan bagi jurusan ini. Pelabuhan merupakan satu tempat pemindahan barang dari satu mod ke mod yang lain. Sebagai contoh, pemindahan barang dari kapal ke dalam gudang atau kontena. Proses ini memerlukan para graduan yang mempunyai ilmu tentang logistik dan pengangkutan. Hal ini kerana, mereka mengetahui tentang proses yang dijalankan dan mereka mampu untuk membantu syarikat untuk menangani masalah-masalah yang akan timbul kelak.
            Selain itu, kerjaya dalam bidang perniagaan juga sesuai diceburi bagi jurusan ini. Walaupun kami hanya belajar asas tentang teknik-teknik perniagaan, kerjaya dalam bidang ini dapat dilakukan dengan ilmu asas yang telah dipelajari. Pekerjaan yang bermula dari bawah adalah satu permulaan yang baik sebelum mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi. Dunia perniagaan adalah sebuah pekerjaan yang meluas. Pelbagai jenis perniagaan dapat dilakukan untuk menjana pendapatan. Oleh itu, kerjaya ini sesuai untuk para graduan yang mengambil jurusan ini kerana mereka lebih berkaitan dalam dunia ini.
            Kerjaya dalam bidang perguruan juga sesuai untuk jurusan ini. Bidang perguruan adalah satu bidang pekerjaan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari. Pelajar untuk jurusan ini mungkin bersesuaian untuk mengajar subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, sains dan sebagainya. Hal ini kerana, peringkat universiti adalah satu peringkat yang membolehkan para graduan memberi ilmu kepada murid. Ilmu yang telah dipelajari untuk subjek teras sudah mencukupi untuk mengajar murid sekolah kerana subjek teras merupakan ilmu asas yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. Contohnya bahasa melayu pengurusan. Bahasa melayu pengurusan yang dipelajari merupakan bahasa melayu peringkat STPM. Oleh itu, kerjaya ini sesuai untuk para graduan.
            Kesimpulannya, kerjaya adalah sebuah pekerjaan yang diberikan oleh majikan untuk dilaksanakan dengan sempurna. Dalam era globalisasi kini, ramai graduan yang menganggur disebabkan oleh sikap graduan itu sendiri yang memilih pekerjaan. Sebagai graduan yang baru mengorak langkah ke alam pekerjaan, mereka seharusnya bersyukur diberi peluang untuk menimba ilmu di sesebuah syarikat. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi akan member manfaat kepada mereka pada masa hadapan.
(471 patah perkataan)

Kenal pasti suatu isu politik semasa luar negara. Bincangkan.



Isu politik adalah sebuah isu atau masalah yang berlaku akibat pergolakan diantara kaum atau masyarakat dalam sesebuah negara. Isu politik biasanya akan melibatkan semua rakyat di negara tersebut secara langsung atau tidak langsung. Terdapat beberapa pergolakan dalaman yang berlaku di dalam sesebuah negara diseluruh negara contohnya di Thailand. Walaupun Thailand adalah sebuah negara yang merdeka, mereka masih lagi mempunyai pelbagai masalah politik yang tidak dapat diselesaikan. Antaranya adalah masalah tragedi Tak Bai yang berlarutan selama lapan tahun.
            Tak Bai merupakan sebuah nama tempat di selatan Thailand. Pada 25 Oktober 2004, telah berlaku tragedi berdarah apabila pihak keselamatan negara tersebut melakukan kekejaman dalam menangani bantahan penduduk Islam di wilayah itu sehingga menyebabkan 85 penduduk terkorban semasa dalam tahanan tentera. Tragedi ini bermula apabila 1500 penduduk Islam mengadakan demontrasi di hadapan Balai Polis Tak Bai. Penduduk mengadakan demonstrasi tersebut adalah untuk mendesak pembebasan enam sukarelawan pertahanan kampung yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki membuat laporan plasu kepada polis tentang rompakan senpang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kerajaan telah dipersalahkan atas kejadian ini kerana gagal menangani isu tersebut.
            Kerajaan yang pada masa itu dipimpin oleh Thaksin Shinawatra telah dikritik hebat oleh ramai pihak kerana tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Thaksin, semua jalan penyelesaian yang telah dilakukan tidak berhasil. Akhirnya Surayud Chulanont, Perdana Menteri Thailand yang baru setelah Thaksin digulingkan telah membayar pampasan berjumlah 42juta baht (RM4.2juta) kepada anggota keluarga Tak Bai. Beliau juga telah memohon maaf atas tragedi tersebut. Namun pada 2009, penduduk Islam Tak Bai dikejutkan oleh laporan mahkamah Thailand yang memutuskan pihak tentera yang terlibat dalam tragedi tersebut tidak bersalah. Hal ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati terutama ahli keluarga mangsa yang mengharapkan hukuman setimpal dapat diberikan kepada pesalah terbabit.
            Kini kejadian Tak Bai telah berlarutan sehingga 8 tahun dan tiada tindakan susulan yang diambil. Tunjuk perasaan diadakan untuk menuntut keadilan bagi pihak keluarga mereka. Pihak militan pula mengambil kesempatan di atas masalah ini dengan melancarkan serangan ke atas logistik dan kemudahan pasukan keselamatan. Pemberontak meningkatkan serangan di Tak Bai dengan melancarkan lima serangan pada 20 Oktober 2012 bagi memperingati insiden Tak Bai lapan tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Kerisada Keawjandi berkata, kira-kira 20 pemberontak bersenjata menyerang pondok rondaan Polis Marin di Pangkalan Kubur, Tak Bai, pada pukul 8 malam. Kejadian ini menyebabkan seorang anggota polis cedera.
            Berdasarkan tragedi ini, pihak berkuasa harus mengambil tindakan drastik untuk memastikan masalh ini tidak berlarutan. Kajian terperinci harus dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab keatas perbalahan ini. Kerajaan baru pimpinan adik perempuan Thaksin, Yingluck Shinawatra perlu mengambil tindakan tegas terhadap masalah ini supaya tiada lagi mangsa yang mati disebabkan oleh tragedi ini. Tindakan sewajarnya perlu diambil untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan sekaligus dapat memadamkan memori hitam penduduk Islam  terhadap tragedi Tak Bai ini.   
(471 patah perkataan)

Anda, Konvokesyen Dan Pesta Konvokesyen.




Pada 7 Oktober 2012 yang lalu, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan satu pesta konvokesyen bersempena Majlis Konvokesyen University Utara Malaysia yang ke-25. Pesta konvokesyen yang diadakan cukup meriah. Pelbagai persembahan dan aktiviti yang diadakan sepanjang pesta konvokesyen diadakan. Setiap malam akan diadakan persembahan oleh artis jemputan seperti Faizal Tahir, kumpulan nasyid tanah air dan artis-artis Universiti Utara Malaysia. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti seperti membeli belah, permainan dan sebagainya. Pesta ini diadakan adalah untuk kemudahan atau medium perantaraan bagi pelajar yang akan berkonvokesyen. Kebiasaannya, pelajar akan menjadikan pesta konvokesyen untuk berjumpa dengan rakan-rakan mereka. Oleh itu, pesta konvokesyen seharusnya mencapai objektif mereka untuk mengumpul semua lapisan masyarakat di dalam satu majlis keraian di samping menjana pendapatan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.
            Majlis konvokesyen di UUM sememangnya adalah acara yang dinantikan oleh para pelajar. Walaubagaimana, terdapat beberapa kelemahan yang dapat kita lihat sepanjang majlis konvokesyen berlaku. Masalah yang paling ketara adalah masalah lalu lintas sepanjang majlis diadakan. Hal ini memberi masalah kepada pelajar yang masih menuntut untuk pergi ke kelas. Perjalanan yang mengambil masa selama 10 minit berlarutan hingga 45 minit akibat masalah lalu lintas. Selain itu juga, masalah lain yang dapat kita lihat adalah keistimewaan para graduan. Pada pandangan saya, keistimewaan graduan tidak dapat dilihat kerana mereka menggunakan selempang yang hampir sama warna bagi setiap jurusan. Walaupun perkara ini dilihat remeh, tetapi bagi graduan itu sendiri warna selempang itu menggambarkan usaha mereka selama mereka menuntut ilmu di universiti. Perbezaan warna harus diselaraskan untuk memastikan mereka berasa istimewa pada hari graduasi mereka.
            Pesta konvokesyen juga tidak kurang hebatnya. Penampilan artis-artis terkenal merupakan agenda utama yang menjadi daya tarikan kepada pesta ini. Pada tahun ini, kebanyakan pelajar kecewa di atas penarikan diri pada saat akhir oleh artis yang membuat persembahan. Punca masalah ini masih tidak di ketahui dah seharusnya perkara ini tidak berlaku. Penantian pelajar menjadi sia-sia apabila artis jemputan yang dinantikan tidak hadir. Selain itu, aktiviti di tapak expo yang sama setiap tahun menjadikan sambutan yang hadir kurang meriah. Antara  aktiviti yang dijalankan seperti menjual pakaian, makanan, permainan dan bunga. Aktiviti ini mungkin tradisi bagi UUM, tetapi bagi pengunjung mereka berasa bosan dengan aktiviti-aktivit ini.
            Perubahan harus dilakukan untuk memastikan acara konvokesyen yang dijalankan memberi manfaat kepada semua pihak. Pihak penganjur harus meneliti semula kehendak pelajar. Lakukan uji kaji terhadap pelajar samada acara ini memberi  impak yang baik atau buruk kepada mereka. Selain itu, ‘survey’ untuk mengetahui lebih banyak aktiviti yang dapat dilakukan sepanjang karnival perlu diadakan. Jemputan artis tidak semestinya artis yang popular untuk setiap malam. Bagi mengurangkan kos artis, mereka boleh menjemput artis youtube yang kini semakin popular dalam kalangan remaja. Faktor ini dapat menarik lebih ramai pengunjung ke tapak ekspo. Selain itu, pihak penganjur juga harus menitik beratkan faktor pengunjung dari luar untuk memastikan keuntungan dapat diperolehi daripada karnival ini.
            Kesimpulannya, konvokesyen merupakan acara berprestij bagi seluruh university. Mungkin sudah tiba masanya untuk seluruh universiti di Malaysia mengubah tradisi ini. Upacara penyampaian hadiah tidak lagi di lakukan di dewan tertutup. Upacara ini mungkin boleh diadakan dengan lebih santai dan terbuka. Sebagai contoh di ‘State University of New Jersey’, mereka melakukan upacara penyampaian hadiah di stadium. Hal ini membolehkan lebih ramai orang melihat majlis tersebut dan masalah-masalah lain mungkin dapat dikurangkan seperti kesesakan lalu lintas dan kebanjiran ahli keluarga yang tidak dapat masuk ke dewan kerana mempunyai had untuk setiap pelajar. 
 (566 PATAH PERKATAAN)

Wednesday, 3 October 2012

KEMAHIRAN LAIN YANG PERLU ANDA KUASAI UNTUK MENGHADAPI ALAM KERJAYA


Dalam dunia era globalisasi kini, persaingan untuk mendapt pekerjaan dalam kalangan graduan sangat meruncingkan. Akademik bukan lagi syarat utama untuk seorang graduan mendapat pekerjaan yang bagus. Perubahan pesat dalam penggunaan teknologi disamping prestasi ekonomi negara semasa yang sederhana menyebabkan majikan lebih berhati-hati dalam memilih pekerja baru. Sebgai seorang mahasiswa, kita seharusnya tahu tentang kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan untuk menghadapi alam kerjaya nanti. Malaysia adalah sebuah Negara membangun, oleh itu, cirri pekerja yang baik dan bagus dalam segala hal adalah buruan majikan untuk memastikan syarikat mereka berda dalam keadaan stabil dan meningkatkan lagi keuntungan syarikat.
                Komunikasi adalah syarat terpenting yang biasa dilihat oleh majikan kepada para graduan. Kebiasaannya, sesebuah syarikat akan membuat temuduga sebelum pengambila pekerja baru. Selain itu, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa asing selain Bahasa Malaysia seperti bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan sebagainya adalah bonus bagi seorang graduan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan keupayaan bertutur dalam bahasa ini amat dititik beratkan oleh pemilik syarikat pada masa kini. Menurut pengurus Manpower Staffing Service (M) Sdn.Bhd, Sam Haggag, mereka dapati tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga gagal ujian kecekapan Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan mereka. Hal ini menunjukkan komunikasi amat penting untuk memastikan graduan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan.
                Selain itu kemahiran dalam bidang ICT juga amat penting. ICT adalah singkatan untuk Information And Communication Technology. Kemahiran ICT adalah merangkumi kemahiran dalam bidang teknologi, radio dan televisyen, telefon bimbit, komputer, ‘software dan hardware’, dan system satelit. Kemahiran ini adalah anatara kemahiran yang terpenting kerana dalam dalam era globalisasi kini, dunia semakin maju dengan perkembangan teknologi. Bak pepatah Melayu bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, setiap syarikat akan lebih berminat terhadap graduan yang mahir dalam bidang ini.
                Kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis merupakan salah satu kemahiran yang saya rasa adalah sesuatu penting dalam kerjaya. Secara puratanya, kebanyakan graduan hanya belajar sesuatu perkara berdasar buku teks atau teori sahaja. Mereka tidak tahu cara mempraktikkan pekerjaan yang diberikan kerana tidak diberi latihan. Oleh itu, pemikiran yang lebih kreatif dan kritis harus diasah sejak bermulanya pengajian di universiti. Selain itu, individu itu sendiri harus sentiasa berdisiplin untuk memastikan segala rancangan berjalan dengan lancar. Ketepatan masa merupakan ciri utama yang harus ada pada setiap lepasan graduan. Cara berfikir yang lebih kreatif dan kritis disamping disiplin yang mantap mampu meningkatkan produktiviti serta keuntungan kepada syarikat.
                Kesimpulannya, sebagai seorang graduan kita harus bersedia untuk mengembara dalam dunia yang serba canggih dan mempunyai pelbagai persaingan.kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh dunia pekerjaan harus dipelajari untuk memastikan graduan mendapat tempat yang sewajarnya. Usaha serta tawakal adalah sifat terpenting yang harus ada dalam setiap diri graduan.  Sifat ini akan memastikan segala cabaran yang diharungi dapat di atasi dengan hati terbuka.

(442 patah perkataan) 

KEMERDEKAAN KE-55, JANJI DITEPATI


Tahun 2012 merupakan tahun ke-55 Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan bermaksud kebebasan. Kebebasan yang digambarkan dalam konteks kemerdekaan adalah bebas daripada kekangan penjajah atau kuasa asing seperti Jepun, British dan Portugis. Selain itu, kemerdekaan juga melambangkan kedaulatan, kekuatan dan kejayaan sesebuah negara. Pelbagai rintangan dilalui oeh pejuang-pejuang negara untuk mendapat kemerdekaan ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bebas dari sebarang peperangan , kita seharusnya memanjat kesyukuran kerana diberi peluang untuk hidup di dalam suasana aman dan damai.
            Pada tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan hasil idea daripada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Fued Stephans, Datu Mustapha, Datu Harun dan lain. Malaysia mempunyai pejuang yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi melaksanakan tanggungjawab kepada Negara tercinta. Antaranya adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan dan ramai lagi.
            Tema untuk kemerdekaan kali ke-55 adalah ‘Janji Ditepati’. ‘Janji Ditepati’ melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin Negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan Negara. Tema ini dipilih kerana selaras dengan kehendak kerajaan yang menginginkan rakyat Malaysia lebih kreatif dan proaktif dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada demi  keluarga, agama, bangsa dan negara.
            Terdapat beberapa sumber seperti surat khabar, blog dan sebagainya yang menyatakan pandangan mereka terhadap tema Hari Kemerdekaan yang ke-55 ini. Tema ini mendapat sokongan daripada mereka, tetapi tidak kurang juga yang cuba membantah tema ini kerana merasakan tema ini tidak sesuai untuk masyarakat dan berunsur politik. Berdasarkan Sinar Harian, menurut Dr Afif Bahardin, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, retorik politik sebegini rupa adalah mempergunakan sambutan nasional negara. Sambutan yang sepatutnya menjadi hak milik seluruh rakyat digunakan sebagai alat untuk parti pemerintah melaungkan ‘pujuk rayu’. Bukan itu saja, bahkan dengan berani melaungkan bahawa inilah masa untuk segenap rakyat membalas budi. Selain itu, terdapat satu blog lain iaitu MyKMU.net yang mengatakan janji ditepati yang dilancarkan oleh kerajaan sangat bertepatan dengan masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Tema ini merupakan suatu amalan yang menjurus kepada nilai-nilai murni yang mampu mendidik anggota masyarakat untuk sentiasa berusaha menepati janji yang di lafazkan.
            Oleh itu, sebagai generasi muda yang mempunyai daya pemikiran yang lebih maju seharusnya mampu memilih sesuatu keadaan sama ada baik atau buruk. Sesuatu yang baik harus dijadikan panduan untuk memastikan Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang inovatif dan seterusnya memajukan negara Malaysia. Tema ‘Janji Ditepati’ harus diguna pakai untuk memastikan jati diri yang terdapat dalam diri kalangan masyarakat Malaysia dapat dikukuhkan. Perumpamaan ‘janji Melayu’  yang biasa digunakan apabila tidak menepati janji harus dilupuskan dengan wujudnya tema kemerdekaan yang baru ini.
(431 patah perkataan)

Thursday, 20 September 2012

KEMERDEKAAN 55 TAHUN (JANJI DITEPATI)

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan ia juga bermaksud bebas daripada kekangan penjajah atau kuasa asing seperti Jepun, British dan Portugis. Selain itu juga, kemerdekaan juga melambangkan kedaulatan, kekuatan dan kejayaan sesebuah negara.

Sebelum mencapai kemerdekaan, persekutuan tanan melayu telah menentang Malayan Union Jack yang di ketua oleh Dato’ Onn Bin Jaafar untuk menuntut kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengetuai rombongan ke London untuk mengadakan rundingan menuntut kemerdekaan. British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tepat pada pukul 9.30 pagi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Tunku Putra Al-Haj telah melaksanakan lauangan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali pada tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957 yang diikuti dengan laungan rakyat jelata.peristiwa ini telah di saksiakn oleh 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan raja-rajanya.

Pada tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan hasil idea daripada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Fued Stephans, Datu Mustapha, Datu Harun dan lain. Malaysia mempunyai pejuang yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi melaksanakan tanggungjawab kepada Negara tercinta. Antaranya adalah Tunku Abdul Rahman Putra Lahaj, Dato’ Onn Jaafar, Dato Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan dan ramai lagi.

Kini Malaysia bebas dari segala jajahan selama 55 tahun dah Malaysia terus membangun untuk meningkatkan lagi Malaysia di mata dunia. Apabila Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dilantik menjadi perdana menteri , beliau telah memperkenalkan tema ‘Satu Malaysia’ dan ‘Janji Ditepati’ untuk meningkatkan lagi tulang belakang rakyat Malaysia. Tema ini bertujuan untuk meningkatkan semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ‘Janji Ditepati’ adalah slogan itu memastikan rakyat Malaysia sentiasa menyokong kerajaan dalam usaha untuk terus membangunkan negara Malaysia.

Oleh itu, sebagai generasi muda, kita mestilah ada semangat patriotik yang tinggi. Eratkan perpaduan, pupuk keharmonian dan jagalah keselamatan negara kita. Semua ini amat penting untuk mengekalkan negara yang kita cintai ini. Selain itu, kita juga haruslah bersyukur mejadi warganegara Malaysia kerana dapat hidup dengan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.