Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah sebuah
universiti yang terkenal dengan bidang pengajian pengurusan. Pelbagai bidang
yang berkaitan dengan pengurusan disediakan di UUM. Pengajian Pengurusan
Perniagaan (Logistik Dan Pengangkutan) antara kos yang disediakan di UUM.
Pengajian ini akan mempelajari cara-cara sesebuah perniagaan itu dijalankan.
Selain itu juga, bidang pengajian ini juga lebih memberikan penekanan tentang
industri logistik dan pengangkutan di dunia. Industri ini adalah industri
terpenting di dunia kerana setiap hari manusia memerlukan logistik dan
pengangkutan untuk kegunaan seharian. Terdapat beberapa kerjaya yang mampu di
miliki oleh pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Perniagaan (Logistik Dan
Pengangkutan).
Kerjaya utama yang sesuai diceburi
bagi jurusan ini adalah kerjaya yang berkaitan dengan jurusan itu sendiri.
Pelbagai syarikat logistik dan pengangkutan yang terdapat di Malaysia. Syarikat
ini memerlukan pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang logistik dan
pengangkutan. Syarikat pelabuhan merupakan contoh yang berkaitan bagi jurusan
ini. Pelabuhan merupakan satu tempat pemindahan barang dari satu mod ke mod
yang lain. Sebagai contoh, pemindahan barang dari kapal ke dalam gudang atau
kontena. Proses ini memerlukan para graduan yang mempunyai ilmu tentang
logistik dan pengangkutan. Hal ini kerana, mereka mengetahui tentang proses
yang dijalankan dan mereka mampu untuk membantu syarikat untuk menangani
masalah-masalah yang akan timbul kelak.
Selain itu, kerjaya dalam bidang
perniagaan juga sesuai diceburi bagi jurusan ini. Walaupun kami hanya belajar
asas tentang teknik-teknik perniagaan, kerjaya dalam bidang ini dapat dilakukan
dengan ilmu asas yang telah dipelajari. Pekerjaan yang bermula dari bawah
adalah satu permulaan yang baik sebelum mencapai ke satu tahap yang lebih
tinggi. Dunia perniagaan adalah sebuah pekerjaan yang meluas. Pelbagai jenis perniagaan
dapat dilakukan untuk menjana pendapatan. Oleh itu, kerjaya ini sesuai untuk
para graduan yang mengambil jurusan ini kerana mereka lebih berkaitan dalam
dunia ini.
Kerjaya dalam bidang perguruan juga
sesuai untuk jurusan ini. Bidang perguruan adalah satu bidang pekerjaan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari. Pelajar untuk jurusan
ini mungkin bersesuaian untuk mengajar subjek bahasa melayu, bahasa inggeris,
matematik, sains dan sebagainya. Hal ini kerana, peringkat universiti adalah
satu peringkat yang membolehkan para graduan memberi ilmu kepada murid. Ilmu
yang telah dipelajari untuk subjek teras sudah mencukupi untuk mengajar murid
sekolah kerana subjek teras merupakan ilmu asas yang telah dipelajari dengan
lebih mendalam. Contohnya bahasa melayu pengurusan. Bahasa melayu pengurusan
yang dipelajari merupakan bahasa melayu peringkat STPM. Oleh itu, kerjaya ini
sesuai untuk para graduan.
Kesimpulannya, kerjaya adalah sebuah
pekerjaan yang diberikan oleh majikan untuk dilaksanakan dengan sempurna. Dalam
era globalisasi kini, ramai graduan yang menganggur disebabkan oleh sikap
graduan itu sendiri yang memilih pekerjaan. Sebagai graduan yang baru mengorak
langkah ke alam pekerjaan, mereka seharusnya bersyukur diberi peluang untuk
menimba ilmu di sesebuah syarikat. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
mereka perolehi akan member manfaat kepada mereka pada masa hadapan.
(471
patah perkataan)
Bolehkah saya menjadi seorang guru stpm dgn mengambil kos ini sahaja?
ReplyDelete