Isu politik adalah sebuah isu
atau masalah yang berlaku akibat pergolakan diantara kaum atau masyarakat dalam
sesebuah negara. Isu politik biasanya akan melibatkan semua rakyat di negara
tersebut secara langsung atau tidak langsung. Terdapat beberapa pergolakan
dalaman yang berlaku di dalam sesebuah negara diseluruh negara contohnya di
Thailand. Walaupun Thailand adalah sebuah negara yang merdeka, mereka masih
lagi mempunyai pelbagai masalah politik yang tidak dapat diselesaikan. Antaranya
adalah masalah tragedi Tak Bai yang berlarutan selama lapan tahun.
Tak Bai merupakan sebuah nama tempat di selatan Thailand.
Pada 25 Oktober 2004, telah berlaku tragedi berdarah apabila pihak keselamatan
negara tersebut melakukan kekejaman dalam menangani bantahan penduduk Islam di
wilayah itu sehingga menyebabkan 85 penduduk terkorban semasa dalam tahanan
tentera. Tragedi ini bermula apabila 1500 penduduk Islam mengadakan demontrasi
di hadapan Balai Polis Tak Bai. Penduduk mengadakan demonstrasi tersebut adalah
untuk mendesak pembebasan enam sukarelawan pertahanan kampung yang ditahan
pihak berkuasa Thailand kerana disyaki membuat laporan plasu kepada polis
tentang rompakan senpang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kerajaan telah
dipersalahkan atas kejadian ini kerana gagal menangani isu tersebut.
Kerajaan yang pada masa itu dipimpin oleh Thaksin
Shinawatra telah dikritik hebat oleh ramai pihak kerana tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun pelbagai cara yang telah dilakukan
oleh Thaksin, semua jalan penyelesaian yang telah dilakukan tidak berhasil.
Akhirnya Surayud Chulanont, Perdana Menteri Thailand yang baru setelah Thaksin
digulingkan telah membayar pampasan berjumlah 42juta baht (RM4.2juta) kepada
anggota keluarga Tak Bai. Beliau juga telah memohon maaf atas tragedi tersebut.
Namun pada 2009, penduduk Islam Tak Bai dikejutkan oleh laporan mahkamah
Thailand yang memutuskan pihak tentera yang terlibat dalam tragedi tersebut
tidak bersalah. Hal ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati terutama
ahli keluarga mangsa yang mengharapkan hukuman setimpal dapat diberikan kepada
pesalah terbabit.
Kini kejadian Tak Bai telah berlarutan sehingga 8 tahun
dan tiada tindakan susulan yang diambil. Tunjuk perasaan diadakan untuk
menuntut keadilan bagi pihak keluarga mereka. Pihak militan pula mengambil
kesempatan di atas masalah ini dengan melancarkan serangan ke atas logistik dan
kemudahan pasukan keselamatan. Pemberontak meningkatkan serangan di Tak Bai
dengan melancarkan lima serangan pada 20 Oktober 2012 bagi memperingati insiden
Tak Bai lapan tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Kerisada
Keawjandi berkata, kira-kira 20 pemberontak bersenjata menyerang pondok rondaan
Polis Marin di Pangkalan Kubur, Tak Bai, pada pukul 8 malam. Kejadian ini
menyebabkan seorang anggota polis cedera.
Berdasarkan tragedi ini, pihak berkuasa harus mengambil
tindakan drastik untuk memastikan masalh ini tidak berlarutan. Kajian
terperinci harus dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab
keatas perbalahan ini. Kerajaan baru pimpinan adik perempuan Thaksin, Yingluck
Shinawatra perlu mengambil tindakan tegas terhadap masalah ini supaya tiada
lagi mangsa yang mati disebabkan oleh tragedi ini. Tindakan sewajarnya perlu
diambil untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan sekaligus dapat
memadamkan memori hitam penduduk Islam
terhadap tragedi Tak Bai ini.
(471 patah perkataan)
No comments:
Post a Comment