Saturday, 15 December 2012

Anda, Konvokesyen Dan Pesta Konvokesyen.




Pada 7 Oktober 2012 yang lalu, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan satu pesta konvokesyen bersempena Majlis Konvokesyen University Utara Malaysia yang ke-25. Pesta konvokesyen yang diadakan cukup meriah. Pelbagai persembahan dan aktiviti yang diadakan sepanjang pesta konvokesyen diadakan. Setiap malam akan diadakan persembahan oleh artis jemputan seperti Faizal Tahir, kumpulan nasyid tanah air dan artis-artis Universiti Utara Malaysia. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti seperti membeli belah, permainan dan sebagainya. Pesta ini diadakan adalah untuk kemudahan atau medium perantaraan bagi pelajar yang akan berkonvokesyen. Kebiasaannya, pelajar akan menjadikan pesta konvokesyen untuk berjumpa dengan rakan-rakan mereka. Oleh itu, pesta konvokesyen seharusnya mencapai objektif mereka untuk mengumpul semua lapisan masyarakat di dalam satu majlis keraian di samping menjana pendapatan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.
            Majlis konvokesyen di UUM sememangnya adalah acara yang dinantikan oleh para pelajar. Walaubagaimana, terdapat beberapa kelemahan yang dapat kita lihat sepanjang majlis konvokesyen berlaku. Masalah yang paling ketara adalah masalah lalu lintas sepanjang majlis diadakan. Hal ini memberi masalah kepada pelajar yang masih menuntut untuk pergi ke kelas. Perjalanan yang mengambil masa selama 10 minit berlarutan hingga 45 minit akibat masalah lalu lintas. Selain itu juga, masalah lain yang dapat kita lihat adalah keistimewaan para graduan. Pada pandangan saya, keistimewaan graduan tidak dapat dilihat kerana mereka menggunakan selempang yang hampir sama warna bagi setiap jurusan. Walaupun perkara ini dilihat remeh, tetapi bagi graduan itu sendiri warna selempang itu menggambarkan usaha mereka selama mereka menuntut ilmu di universiti. Perbezaan warna harus diselaraskan untuk memastikan mereka berasa istimewa pada hari graduasi mereka.
            Pesta konvokesyen juga tidak kurang hebatnya. Penampilan artis-artis terkenal merupakan agenda utama yang menjadi daya tarikan kepada pesta ini. Pada tahun ini, kebanyakan pelajar kecewa di atas penarikan diri pada saat akhir oleh artis yang membuat persembahan. Punca masalah ini masih tidak di ketahui dah seharusnya perkara ini tidak berlaku. Penantian pelajar menjadi sia-sia apabila artis jemputan yang dinantikan tidak hadir. Selain itu, aktiviti di tapak expo yang sama setiap tahun menjadikan sambutan yang hadir kurang meriah. Antara  aktiviti yang dijalankan seperti menjual pakaian, makanan, permainan dan bunga. Aktiviti ini mungkin tradisi bagi UUM, tetapi bagi pengunjung mereka berasa bosan dengan aktiviti-aktivit ini.
            Perubahan harus dilakukan untuk memastikan acara konvokesyen yang dijalankan memberi manfaat kepada semua pihak. Pihak penganjur harus meneliti semula kehendak pelajar. Lakukan uji kaji terhadap pelajar samada acara ini memberi  impak yang baik atau buruk kepada mereka. Selain itu, ‘survey’ untuk mengetahui lebih banyak aktiviti yang dapat dilakukan sepanjang karnival perlu diadakan. Jemputan artis tidak semestinya artis yang popular untuk setiap malam. Bagi mengurangkan kos artis, mereka boleh menjemput artis youtube yang kini semakin popular dalam kalangan remaja. Faktor ini dapat menarik lebih ramai pengunjung ke tapak ekspo. Selain itu, pihak penganjur juga harus menitik beratkan faktor pengunjung dari luar untuk memastikan keuntungan dapat diperolehi daripada karnival ini.
            Kesimpulannya, konvokesyen merupakan acara berprestij bagi seluruh university. Mungkin sudah tiba masanya untuk seluruh universiti di Malaysia mengubah tradisi ini. Upacara penyampaian hadiah tidak lagi di lakukan di dewan tertutup. Upacara ini mungkin boleh diadakan dengan lebih santai dan terbuka. Sebagai contoh di ‘State University of New Jersey’, mereka melakukan upacara penyampaian hadiah di stadium. Hal ini membolehkan lebih ramai orang melihat majlis tersebut dan masalah-masalah lain mungkin dapat dikurangkan seperti kesesakan lalu lintas dan kebanjiran ahli keluarga yang tidak dapat masuk ke dewan kerana mempunyai had untuk setiap pelajar. 
 (566 PATAH PERKATAAN)

1 comment:

  1. How to Play Slingo With Bitcoin - JtmHub
    Slingo game is quite similar to slot 과천 출장안마 machines, but with 군포 출장샵 more different rules and 김천 출장샵 games. Slingo game is similar 춘천 출장샵 to slot machines, 동두천 출장마사지 but with more different rules

    ReplyDelete