Wednesday, 3 October 2012

KEMAHIRAN LAIN YANG PERLU ANDA KUASAI UNTUK MENGHADAPI ALAM KERJAYA


Dalam dunia era globalisasi kini, persaingan untuk mendapt pekerjaan dalam kalangan graduan sangat meruncingkan. Akademik bukan lagi syarat utama untuk seorang graduan mendapat pekerjaan yang bagus. Perubahan pesat dalam penggunaan teknologi disamping prestasi ekonomi negara semasa yang sederhana menyebabkan majikan lebih berhati-hati dalam memilih pekerja baru. Sebgai seorang mahasiswa, kita seharusnya tahu tentang kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan untuk menghadapi alam kerjaya nanti. Malaysia adalah sebuah Negara membangun, oleh itu, cirri pekerja yang baik dan bagus dalam segala hal adalah buruan majikan untuk memastikan syarikat mereka berda dalam keadaan stabil dan meningkatkan lagi keuntungan syarikat.
                Komunikasi adalah syarat terpenting yang biasa dilihat oleh majikan kepada para graduan. Kebiasaannya, sesebuah syarikat akan membuat temuduga sebelum pengambila pekerja baru. Selain itu, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa asing selain Bahasa Malaysia seperti bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan sebagainya adalah bonus bagi seorang graduan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan keupayaan bertutur dalam bahasa ini amat dititik beratkan oleh pemilik syarikat pada masa kini. Menurut pengurus Manpower Staffing Service (M) Sdn.Bhd, Sam Haggag, mereka dapati tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga gagal ujian kecekapan Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan mereka. Hal ini menunjukkan komunikasi amat penting untuk memastikan graduan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan.
                Selain itu kemahiran dalam bidang ICT juga amat penting. ICT adalah singkatan untuk Information And Communication Technology. Kemahiran ICT adalah merangkumi kemahiran dalam bidang teknologi, radio dan televisyen, telefon bimbit, komputer, ‘software dan hardware’, dan system satelit. Kemahiran ini adalah anatara kemahiran yang terpenting kerana dalam dalam era globalisasi kini, dunia semakin maju dengan perkembangan teknologi. Bak pepatah Melayu bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, setiap syarikat akan lebih berminat terhadap graduan yang mahir dalam bidang ini.
                Kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis merupakan salah satu kemahiran yang saya rasa adalah sesuatu penting dalam kerjaya. Secara puratanya, kebanyakan graduan hanya belajar sesuatu perkara berdasar buku teks atau teori sahaja. Mereka tidak tahu cara mempraktikkan pekerjaan yang diberikan kerana tidak diberi latihan. Oleh itu, pemikiran yang lebih kreatif dan kritis harus diasah sejak bermulanya pengajian di universiti. Selain itu, individu itu sendiri harus sentiasa berdisiplin untuk memastikan segala rancangan berjalan dengan lancar. Ketepatan masa merupakan ciri utama yang harus ada pada setiap lepasan graduan. Cara berfikir yang lebih kreatif dan kritis disamping disiplin yang mantap mampu meningkatkan produktiviti serta keuntungan kepada syarikat.
                Kesimpulannya, sebagai seorang graduan kita harus bersedia untuk mengembara dalam dunia yang serba canggih dan mempunyai pelbagai persaingan.kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh dunia pekerjaan harus dipelajari untuk memastikan graduan mendapat tempat yang sewajarnya. Usaha serta tawakal adalah sifat terpenting yang harus ada dalam setiap diri graduan.  Sifat ini akan memastikan segala cabaran yang diharungi dapat di atasi dengan hati terbuka.

(442 patah perkataan) 

No comments:

Post a Comment