Saturday, 15 December 2012

Apakah kerjaya yang sesuai anda ceburi dengan ijazah yang anda miliki itu? Nyatakan beberapa sebab anda memilih kerjaya itu.


Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah sebuah universiti yang terkenal dengan bidang pengajian pengurusan. Pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengurusan disediakan di UUM. Pengajian Pengurusan Perniagaan (Logistik Dan Pengangkutan) antara kos yang disediakan di UUM. Pengajian ini akan mempelajari cara-cara sesebuah perniagaan itu dijalankan. Selain itu juga, bidang pengajian ini juga lebih memberikan penekanan tentang industri logistik dan pengangkutan di dunia. Industri ini adalah industri terpenting di dunia kerana setiap hari manusia memerlukan logistik dan pengangkutan untuk kegunaan seharian. Terdapat beberapa kerjaya yang mampu di miliki oleh pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Perniagaan (Logistik Dan Pengangkutan).
            Kerjaya utama yang sesuai diceburi bagi jurusan ini adalah kerjaya yang berkaitan dengan jurusan itu sendiri. Pelbagai syarikat logistik dan pengangkutan yang terdapat di Malaysia. Syarikat ini memerlukan pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang logistik dan pengangkutan. Syarikat pelabuhan merupakan contoh yang berkaitan bagi jurusan ini. Pelabuhan merupakan satu tempat pemindahan barang dari satu mod ke mod yang lain. Sebagai contoh, pemindahan barang dari kapal ke dalam gudang atau kontena. Proses ini memerlukan para graduan yang mempunyai ilmu tentang logistik dan pengangkutan. Hal ini kerana, mereka mengetahui tentang proses yang dijalankan dan mereka mampu untuk membantu syarikat untuk menangani masalah-masalah yang akan timbul kelak.
            Selain itu, kerjaya dalam bidang perniagaan juga sesuai diceburi bagi jurusan ini. Walaupun kami hanya belajar asas tentang teknik-teknik perniagaan, kerjaya dalam bidang ini dapat dilakukan dengan ilmu asas yang telah dipelajari. Pekerjaan yang bermula dari bawah adalah satu permulaan yang baik sebelum mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi. Dunia perniagaan adalah sebuah pekerjaan yang meluas. Pelbagai jenis perniagaan dapat dilakukan untuk menjana pendapatan. Oleh itu, kerjaya ini sesuai untuk para graduan yang mengambil jurusan ini kerana mereka lebih berkaitan dalam dunia ini.
            Kerjaya dalam bidang perguruan juga sesuai untuk jurusan ini. Bidang perguruan adalah satu bidang pekerjaan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari. Pelajar untuk jurusan ini mungkin bersesuaian untuk mengajar subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, sains dan sebagainya. Hal ini kerana, peringkat universiti adalah satu peringkat yang membolehkan para graduan memberi ilmu kepada murid. Ilmu yang telah dipelajari untuk subjek teras sudah mencukupi untuk mengajar murid sekolah kerana subjek teras merupakan ilmu asas yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. Contohnya bahasa melayu pengurusan. Bahasa melayu pengurusan yang dipelajari merupakan bahasa melayu peringkat STPM. Oleh itu, kerjaya ini sesuai untuk para graduan.
            Kesimpulannya, kerjaya adalah sebuah pekerjaan yang diberikan oleh majikan untuk dilaksanakan dengan sempurna. Dalam era globalisasi kini, ramai graduan yang menganggur disebabkan oleh sikap graduan itu sendiri yang memilih pekerjaan. Sebagai graduan yang baru mengorak langkah ke alam pekerjaan, mereka seharusnya bersyukur diberi peluang untuk menimba ilmu di sesebuah syarikat. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi akan member manfaat kepada mereka pada masa hadapan.
(471 patah perkataan)

1 comment:

  1. Bolehkah saya menjadi seorang guru stpm dgn mengambil kos ini sahaja?

    ReplyDelete